11/10/2012

PES 2013 dan FIFA 13 dua-dua ada kelebihan.

Posting ini yoyo copy and paste jer. Sila lah ya baca.


Oleh Syah Ismail
Tiba masanya untuk dua gergasi permainan video bola sepak bersaing sekali lagi. Tahun lepas, Electronic Arts (EA) memperkenalkan satu permainan video baru secara keseluruhannya dengan FIFA 12 yang membawa pemain-pemain lebih rapat kepada pengalaman bola sepak sebenar. Tahun ini, Konami menyedari bahawa mereka telah ketinggalan dan membuat banyak peningkatan dalam Pro Evolution Soccer 2013 (PES 2013).
Jadi, apa Konami telah buat untuk mencabar keagungan EA?
Pertama sekali, Konami telah menambahbaik grafik dan animasi pemain-pemain dalam PES 2013. Walaupun permainan video ini masih berdasarkan enjin yang lama, Konami telah berjaya menghasilkan model pemain yang hampir realistik dalam PES 2013. Ini ialah hasil daripada satu daripada tiga elemen teras yang mengasaskan PES 2013 – ‘Player ID’. ‘Player ID’ pada dasarnya ialah ciri-ciri utama pemain-pemain sebenar yang serta-merta dapat dikenali melalui keserupaan dan sifat-sifat unik, kemahiran-kemahiran dan gerakan-gerakan. Cara pemain lari, pusing, menahan dan menggelecek bola, merembat dan meraikan gol adalah amat berbeza semasa bermain. Jadi, jika anda bermain Real Madrid, anda akan segera melihat gaya gelecekkan bolanya dan ‘step-over’ terkenalnya. Terdapat 50 pemain di bawah pembangunan ‘Player ID’ termasuk Messi, Neymar dan Kaka.

Bandingkan pemain-pemain dalam PES 2013 dan FIFA 13, anda akan segera melihat perbezaan terutama sekali dalam pandangan muka. Misalnya Shinji Kagawa. Pemain Manchester United ini kelihatan lebih kepada seorang pemain China daripada Jepun. Ia agak lucu kerana FIFA 13 yang mempunyai lesen rasmi tetapi sebaliknya PES 2013 yang menghasilkan muka yang lebih realistik.
Seterusnya, Konami telah memperkenalkan ‘PES FullControl’ yang menyediakan kebebasan bergerak dan menggabungkan sentuhan pertama di mana pemain-pemain boleh memilih bagaimana untuk menerima atau bergerak dengan bola. Menggunakan butang RT, bola boleh ditahan, ditolak ke depan atau dilindungi untuk mewujudkan peluang untuk diri anda atau rakan-rakan sepasukan anda. Langkah ini memerlukan ketepatan masa tetapi jika anda berjaya, anda akan menyaksikan beberapa jaringan gol yang mengagumkan. EA juga bermain dengan sentuhan pertama dalam FIFA 13 tetapi bukannya memberi kawalan kepada pemain-pemain, EA telah memberi ia satu elemen tidak diduga. Jadi, dalam situasi bola jauh, pemain pertama ke bola itu tidak semestinya mendapat bola itu.

‘PES FullControl’ juga dilanjutkan untuk pertahanan. Anda sekarang boleh menghalang penyerang-penyerang dan merampas bola seperti dalam FIFA 12 dan 13. Saya rasa ia lebih sukar untuk memenangi bola dalam FIFA 13 berbanding dengan PES 2013. Saya tidak pasti jika ia keinginan saya memenangi bola atau kemahiran menggelecek lawan saya yang mempesonakan tetapi ia agak mengecewakan melihat betapa mudahnya pemain-pemain Real Betis menembusi pertahanan Manchester United.
Elemen ketiga dalam persamaan PES 2013 ialah ‘ProActive AI’. Ia hanya satu perkataan canggih untuk AI yang lebih baik. Saya perhatikan satu peningkatan dalam AI dalam kedua-dua PES 2013 dan FIFA 13. Pemain-pemain banyak bertahan dengan disiplin dan membuat larian berguna ke dalam ruang-ruang semasa serangan. Dalam soal menyerang, AI dalam FIFA 13 pintar dalam membuka pertahanan lawan tetapi dalam soal pertahanan, saya rasa ia perlu diperbaiki. Bila pihak lawan mempunyai bola, saya perhatikan bahawa saya yang perlu menutup pemain dan rakan-rakan sepasukan AI saya akan hanya membantu jika bola itu datang dekat kepada mereka.

Dari sudut pandangan gameplay, FIFA 13 telah memasukkan beberapa ciri-ciri baru yang hebat. Pemain permainan konsol akan gembira untuk mengetahui bahawa anda boleh bermain FIFA 13 dengan PS Move atau Xbox Kinect anda. Anda tidak boleh bermain menggunakan gerak isyarat tetapi anda boleh menggunakan arahan suara untuk membuat penggantian pemain atau mengubah formasi serta merta. Dan jika anda jenis pemain yang banyak menyumpah, akan ada reaksi-reaksi bagi yang kata-kata buruk. Apa agaknya reaksi-reaksi tersebut? Anda tidak akan dilayangkan kad tetapi ia akan mempengaruhi ketegasan pengadil dan jalan cerita mod kerjaya anda.
Bercakap mod kerjaya, FIFA 13 telah memperhalusi rundingan perpindahan pemain dengan pilihan untuk berunding semula dan menambah pemain-pemain dalam perjanjian. Ini adalah seperti mana apa yang anda lihat dalam FIFA Manager dan Football Manager. Yang malangnya, pilihan ini tidak didapati dalam Master League dalam PES 2013. Jika anda hendak menandatangani seorang pemain, anda hanya boleh menunggu dan berharap agar ‘Scout’ anda dapat memuktamadkan satu perjanjian. Perjanjian bergantung kepada peratusan peluang unutk menandatangani. Jika ini adalah dunia sebenar, van Persie sudah tentu tidak akan berpindah ke Manchester United.
Pada akhirnya, ia bergantung kepada permainan video yang lebih menghiburkan dan seronok untuk bermain? Dan jawapan saya ialah PES 2013. Saya tidak peduli tentang pengalaman dalam talian seperti FIFA Ultimate Team dan EA Sports Football Club. Apa yang saya mahu ialah pengalaman permainan bola sepak yang menyeronokkan tanpa kawalan ketepatan yang menyakitkan hati dan AI yang teruk.

No comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat

Harimau