04/02/2016

Tabung Haji Umum 5% dividen



Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan dividen tahunan sebanyak 5% untuk pendeposit bagi tahun 2015, di tengah-tengah kontroversi rizab semakin berkurangan berikutan wahyu surat daripada Bank Negara kepada tabung haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengumumkan tambahan 3% sebagai bonus untuk pendeposit yang belum menunaikan haji Islam.


Bagi tahun 2014, ia telah membayar dividen sebanyak 6.25% bagi tahun 2014 dan bonus khas sebanyak 2%.

02/02/2016

Tips melabur dinar emas

Terima kasih kepada bakal isteriku kerana mensyorkan membaca web www.mohdzulkifli.com yang amat berguna untuk cara menguruskan keewangan serta dalam melabur emas.

Korang sila-sila lah jengok web Zulkifli tersebut. memang amat bagus. Aku berazam untuk menjadi lebih baik daripada sekarang untuk hidup bebas dari hutang negatif.

29/12/2015

Paulo Rangel kini bersama JDT

"Tiada kelab atau persatuan yang lebih hebat dan professional seperti JDT. JDT memiliki potensi besar, dan segala-galanya ada di sini. Setiap pemain termasuk saya sendiri, impikan untuk bermain di sini. Saya amat teruja menjadi sebahagian projek bolasepak Johor, dan saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk JDT" - Paulo Rangel

22/12/2015

Hukum Memakai Pendakap Gigi




ISU:
 
Saya sudah pakai pendakap gigi bagi struktur gigi saya yang tidak tersusun. Oleh itu saya ingin tahu hukum memakai pendakap gigi? ramai kawan-kawan saya katakan ianya adalah haram dan dilaknat oleh Allah. Apakah hukum memakai pendakap gigi?

PENJELASAN:

Memakai pendakap gigi berkaitan dengan perubahan kepada bentuk susunan gigi manusia.

Nabi Muhammad SAW melarang kikir (asah) dan menjarakkan gigi jika ia dibuat tanpa sebab. Ini kerana ia membawa maksud menukar ciptaan Allah SWT. Antara hadis berkenaan ialah; 

Nabi pernah bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu di wajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak di antara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (Sahih Muslim).

"Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)

"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi menjelaskan meluaskan jarak gigi untuk tujuan kecantikan semata-mata adalah tidak harus.  Kikir gigi pula membawa maksud merapi dan memendekkan gigi.  Ia biasa dilakukan oleh golongan wanita dan tidak harus.  Nabi SAW melaknat orang yang kikir giginya dan tukang kikir. Jika wanita dilarang maka lelaki turut menjadi tidak harus. 

Dalam penggunaan pendakap gigi, jika ia digunakan untuk menyusun kedudukan gigi yang tidak teratur; untuk rawatan maka ia tidak termasuk dalam mengubah kejadian Allah SWT. Ia bertujuan membaiki susunan gigi berkenaan. Ini termasuk untuk merawat gigi selepas kemalangan atau sakit.

Antara fungsi pendakap gigi ialah memudahkan fungsi gigi itu sendiri yang mungkin bengkang-bengkok sehingga susah untuk membersihkannya sehingga boleh mengumpulkan bakteria, atau makanan mudah terlekat, dapat mengelakkan gigi bawah tergigit langit-langit yang boleh menyebabkan sakit mulut dan seumpamanya. Kesukaran untuk menghadam makanan dan gigi yang berlapis-lapis sehingga susah untuk membersihkannya lalu mendatangkan sakit gusi juga bau mulut, dan gigi jongang sehingga menimbulkan kerendahan maruah dalam diri manusia.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut: "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang dianggap menjijikkan pandangan, atau kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan gangguan emosi, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Kitab Al-Halal wal Haram Fil Islam )

Kesimpulannya memakai pendakap gigi adalah harus jika ia bertujuan membetulkan susunan gigi yang tidak elok yang termasuk untuk rawatan dan dapat memberi kelancaran kepada pertuturan serta dapat menjaga maruah diri.  Jadi pengguna pendakap gigi perlu pasti tujuan mereka menggunakan pendakap gigi berkenaan adalah untuk keperluan bukan untuk menipu, mencantik-cantikkan lagi ciptaan yang sedia ada.

SUMBER- JAKIM

p/s saya bukan ustaz tetapi hanya berkongsi ilmu apa yang di baca.


Apakah hukum lelaki memakai telefon bimbit yang bersadur emas 24 karat?

gambar hiasan


PENJELASAN:

Islam mengharamkan ke atas umatnya sama ada lelaki ataupun wanita menggunakan peralatan yang diperbuat daripada emas ataupun perak. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam:

وَلَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ، وَلَا تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا
Maksudnya: “Jangan kamu minum dalam bekas emas dan perak, dan jangan kamu makan dalam pinggan daripadanya”. (Riwayat al-Bukhari, 7/77 dan Muslim, 3/1638).

Hukum pengharaman ini disepakati oleh seluruh ulama sebagaimana nukilan Imam Nawawi, “Umat Islam telah ijmak tentang pengharaman makan, minum dan penggunaan-penggunaan lain terhadap bekas emas dan perak” (Al-Majmuk, 1/250).

Walau bagaimanapun, dalam kes bekas atau peralatan yang tidak diperbuat daripada emas tetapi hanya disadur dengan emas, terdapat beberapa pandangan ulama mengenainya.

Majoriti ulama termasuk mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat bahawa peralatan yang diperbuat bukan daripada emas atau perak tetapi hanya disadur dengan emas atau perak adalah harus digunakan, dengan syarat kadar saduran tersebut sedikit. Tahap sedikit yang dibenarkan adalah berbeza antara mazhab.

Dalam mazhab Syafie, kadar sedikit yang dibenarkan ialah sekiranya peralatan tersebut dibakar di atas api, saduran emas atau perak tersebut tidak terkumpul. Jika sekiranya saduran emas atau perak boleh terkumpul jika dibakar di atas api, maka peralatan tersebut tidak dibenarkan (Al-Nawawi, 1/260).

Berbalik kepada soalan, telefon bimbit diberikan hukum yang sama dengan peralatan, kerana ia adalah sejenis gajet yang digunakan. Ia tidak boleh disamakan dengan barang perhiasan. Justeru, berdasarkan kepada perincian hukum peralatan yang disadur dengan emas atau perak, maka hukum menggunakan telefon bimbit yang disadur dengan emas sama ada bagi lelaki atau wanita hendaklah dilihat kepada kadar saduran padanya. Sekiranya saduran emas itu banyak sehingga boleh terkumpul jika dibakar di atas api, maka hukumnya adalah haram. Tetapi jika sekiranya saduran emas itu sedikit, maka pendapat yang sahih adalah harus.

RUJUKAN _ http://www.e-fatwa.gov.my/

p/s saya bukan ustaz tetapi hanya berkongsi ilmu apa yang di baca.

anda mungkin meminati Hukum Memakai Pendakap Gigi



14/11/2015

Coach Palestin ajar FAM


Menurutnya, "Pemain Malaysia bagus, tapi kalau kamu menggunakan taktikal yang sesuai kamu boleh menang. Mereka boleh menjadi pasukan lebih baik pada masa hadapan."

Jadi fikir-fikirkan lah ek.. bukan salah player tapi salah coach.. Taktikal coach Malaysia masih ketinggalan. Sila ambil coach luar negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Waktu Solat

Harimau